Jumaat, 23 Mac 2018

Harimau Asia?!! Ker Bapa Bewok..

Tun Mahathir Mohamad

JANJI TUN M UNTUK JADIKAN MALAYSIA HARIMAU ASIA TANPA GST ADALAH JANJI PILIHANRAYA
(Ulasan saya adalah merujuk kepada penulisan Datuk Eric See-to)
Tun M berjanji akan hapuskan GST dan jadikan Malaysia Harimau Asia jika diberi mandat sebagai PM ke7. Sebenarnya Tun M boleh menjanjikan apa sahaja untuk menjadi PM ke7. Bukan sahaja harimau, malah kapal angkasa Star Trek juga boleh.
PERNAHKAH TUN M JADIKAN MALAYSIA HARIMAU ASIA?
Bagaimana Tun M tahu semuanya tentang 1MDB, jika beliau MUDAH LUPA tidak pernah jadikan Malaysia Harimau Asia pada eranya? Saya tidak melabel Tun M nyanyuk tetapi ini mungkin kerana Tun telah mengulang 15 kali perkataan MELAYU MUDAH LUPA dalam puisinya.
HARIMAU ASIA yang sebenar adalah Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Manakala Malaysia termasuk dalam kumpulan ANAK HARIMAU bersama China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam kerana peningkatan nilai Yen di Jepun, Won di Korea Selatan dan Dollar di Taiwan pada era 90an memaksa syarikat-syarikat mereka berpindah ke negara yang menawarkan kos pengeluaran rendah. Ini menjadikan mereka "Anak Harimau".
Jika anda fikir matawang Yen menyelamatkan Tun, ianya kurang tepat kerana yang benar-benar menyelamat Tun adalah -->> tiadanya media sosial.
BAGAIMANA TUN M TADBIR EKONOMI TANPA GST?
Walaupun Tun memberi alasan Jepun menawarkan kadar faedah hutang 1%, namun jumlah hutang yang di buat oleh Tun hampir tidak masuk akal hingga mencapai nisbah 103% berbanding KDNK pada 1986. Nisbah ini tidak pernah kurang dari 60% selama 10 tahun.
Tun menyebut DS Najib meningkatkan hutang negara, namun Tun tipu rakyat dengan sembunyikan fakta KDNK yang meningkat tinggi hingga nisbah hutang mengecut kepada 50.7 % sahaja.
Tun tidak penah mencapai kejayaan sebaik ini sepanjang 22 tahun.
Selain itu, Tun juga gemar mengenakan pelbagai cukai yang tidak disedari oleh rakyat bahkan Tun juga mengenakan cukai jualan 19.64 sen bagi setiap liter diesel dan 58.62 sen bagi setiap liter petrol hampir sepanjang 22 tahun pentadbirannya!
Anda rasa panas? Tunggu dulu.
Tahukah anda bahawa Tun juga tidak memberi subsidi minyak MALAH tiada juga subsidi beras, minyak kelapa sawit atau gula pasir kerana harga global bagi komoditi ini ketika itu adalah rendah. Untungkan jadi PM ketika itu?
Ingatkah anda tentang dasar penswastaan negara?
Alasan yang Tun berikan kepada kita adalah untuk kurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Hakikatnya begitu lah Tun menjana pendapatan hingga segalanya DIJUAL. Tiada syarikat milikan kerajaan yang tidak dijual. Dati TNB hingga Beras Nasional telah dijual kepada kroninya.
Apa beza diswastakan dan dijual?
Sebenarnya begitulah kesemua rakyat Malaysia di “klentongkrasikan” oleh Tun.
Kita perlu berterima kasih kerana Tun tidak menjual Petronas. Itupun Petronas cuma miliki wang antara RM20 bilion hingga RM30 bilion ketika eranya berbanding RM128.2 bilion setakat hujung 2017. Syukurlah, kini tiada siapa lagi yang boleh menjarah Petronas. Namun, kebocoran dari kos pembinaan KLCC juga tidak habis 7 keturunan.
Jika anda fikir Tun mengambil berat tentang rakyat, beritahu saya apakah yang Tun kisahkan tentang rakyat negara ini terutama orang Melayu?
Anda marah saya kata begitu? Lihatlah siapa sahabat-sahabat Tun hari ini?
Tun mahu jadikan Malaysia Harimau Asia tanpa GST?
Pendapatan minyak asli dan minyak sawit telah menurun hampir 50% sejak 2014. Jumlah gaji kakitangan awam adalah RM 74 billion dan bayaran pencen adalah RM 20 billion.
Tun juga telah menjual kesemua milikan negara, Tiada apa lagi yang nak dijual.
Mungkin anak harimau akan menjadi anak kucing. Itu mungkin lebih baik dari rakyat menjadi anak pungut di negara sendiri dan Tun perlu lancarkan tabung derma untuk membantu anda. Tapi pernahkah Tun peduli rakyat susah di bawah sana?
Fikir lah.
Tapi jangan sampai hilang akal.
Jangan sampai kena jual.
PASTIKAN ANDA MENOLAK PPBM pada PRU14

Puan Anina Saadun
Langkawi, Kedah

Tiada ulasan: