Ahad, 4 Mac 2018

1MDB punya cerita.

       1MDB dan IPIC berurusan melalui anak syarikat IPIC iaitu Aabar Investments PJS, di mana 1MDB sepatutnya membuat bayaran tertentu. Bagaimanapun, atas arahan bertulis dari Pengarah Aabar Investments PJS,Mohamed Badawy al-Husseiny, 1MDB telah membuat bayaran kepada Aabar Investments PJS Limited, yang disyaki palsu. Pengarah Aabar Investments PJS Limited, Khadem al-Qubaisi,sudah pun ditahan.

       Dalam kes ini, 1MDB telah menegaskan bahawa mereka telah memenuhi segala bayaran mengikut penjanjian dan tindakan membayar kepada Aabar Investments PJS Limited adalah atas arahan Pengarah Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC yang tulin. Oleh yang demikian 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan, walaupun pada awalnya IPIC bertegas bahawa mereka tidak menerima bayaran dari 1MDB. Kes tersebut telah dibawa dan diselesaikan di London Court of International Arbitration, dan 1MDB dan IPIC kembali berurusan seperti biasa dan segalanya berjalan mengikut jadual.

       Pendakwaan terhadap beberapa kakitangan Falcon Private Bank di Singapura pula adalah melibatkan kegagalan bank tersebut melaporkan transaksi "mencurigakan" mengenai pemindahan melibatkan Aabar Investments PJS Limited dan beberapa akaun bank yang dikawal oleh Jho Low. Kes ini tidak ada kena mengenai dengan 1MDB kerana bagi 1MDB, bayaran telah dibuat mengikut arahan bertulis yang sah. Apa yang berlaku kepada wang tersebut dan bagaimana ia dibelanjakan bukan masalah 1MDB.

       Kes yang dibawa oleh DOJ pula adalah berkaitan dengan wang yang dibelanjakan di Amerika dan didakwa dicuri dari 1MDB. Sekiranya benar ia dicuri sekali pun, ia tidak ada kena-mengena dengan 1MDB kerana seperti yang disebut di atas, 1MDB telah membuat bayaran mengikut arahan rasmi kakitangan IPIC/Aaabar Investement PJS sendiri, dan apa yang terjadi kepada bayaran itu bukan masalah 1MDB.

       Jelas sekali 1MDB, tidak kehilangan apa-apa wang dan tidak melakukan apa-apa kesalahan atau penipuan dan DS Najib tidak ada apa-apa kaitan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, walau pun ada pihak-pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa wang tersebut telah dicuri dan akhirnya masuk ke akaun DSN, biar pun telah dibuktikan bahawa duit yang diterima DSN adalah sumbangan dari Timur Tengah.


Credit untuk SAUDARA AYIM B SATU

Squad Elite
4:36 PM
4/3/2018

Tiada ulasan: