Sabtu, 10 Mac 2018

RAFIZI RAMLI DAN FITNAH-FITNAHNYA.

Penipu Lagend
Rafizi Ramli, MP PANDAN  (PKR) akhirnya berjaya mempertabatkan dirinya sebagai PENIPU nombor WAHID dalam negara Malaysia ini. Tidak mustahil juga kalau dikatakan SOTONG ini berada di atas takhta pertama senerai penipu di atas permukaan bumi ini.

Sungguh. Rafizi Ramli memang layak memegang gelaran pembohong nombor SATU. Tiada sesiapapun yang berani menapikannya.


Persoalannya, kenapa begitu mudah dan tiada rasa bersalah langsung di jiwanya untuk mencapai kegemilangan ini? Atau, sememangnya beliau berpenyakit yang berkaitan dengan jiwa, yang mana beliau cukup bangga dengan pencapaian ini? Jika benar, maka tidak hairanlah beliau jadikan fitnah ini sebagai keperluan batin yang WAJIB dibuat. Kalu tidak buat maka beliau akan kemurungan, yang boleh menyebabkan hilang akal. Dalam bahasa kasar, GILA!  

1. Fitnah cincin Datin Seri Rosmah Mansor. 

Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah gurauan semata-mata. Pada masa yang sama, 30 juta rakyat Malaysia sudah pun mempercayainya.

2. Fitnah mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk seks dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti terhadap tuduhan itu.

3. Pengerusi Eksekutif? National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan NFCorp tentang pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM200,000. 

4. Fitnah ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad tentang pembayaran bernilai RM160 juta. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

5. Fitnah dan putar belit tentang isu GST.

6. Fitnah Tabung Haji akan rugi RM933 juta. Akibat fitnah itu, seramai 3,954 pendeposit Tabung Haji menutup akaun mereka. Tetapi Rafizi sendiri masih tidak tutup akaunnya dalam Tabung Haji dan turut menerima dividennya.

7. Fitnah ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi 'Langkah Kajang' dalam usaha menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, terbukti bahawa segala dakwaan PKR, Rafizi dan Saifuddin adalah fitnah.

8. Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

9. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

10. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

11. Fitnah kononnya yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

12. Fitnah kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam. Padahal, kos sebenar hanyalah RM559 juta. UiTM mengeluarkan kenyataan amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh Rafizi.

13. Fitnah Tabung Haji memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE). Lembaga Tabung Haji menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis.

14. Fitnah FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). FELDA menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan FELDA mempunyai keupayaan kewangan dan kemampuan sumber dalaman untuk membayar bonus itu kepada warga FELDA dan dakwaan Rafizi Ramli adalah tidak berasas sama sekali.

15. Fitnah PAS menerima rasuah RM90 juta dari 1MDB. Hadi Awang menafikannya dan mengatakan ianya satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Beliau menyarankan agar Rafizi untuk segera bertaubat meminta keampunan di atas dosa menyebarkan fitnah. Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa juga menafikan dakwaan itu.

16. Fitnah kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas Pelobi Presiden Amerika untuk melobi kepentingan negara. Florence Goh tampil menafikannya dan menganggap Rafizii seorang yang cuai sehingga menjadikan dirinya dan syarikat beliau sebagai mangsa fitnah.

17. Fitnah pejabat Perdana Menteri mempunyai perhubungan dengan 45 group atau dengan pemilik syarikat Baumgardner-Nardone. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad telah menafikan fitnah itu.

18. Fitnah Hakim Syariah terlibat dalam gejala rasuah. Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim membuat laporan polis berhubung kenyataan itu. 

19. Fitnah mendakwa Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah sebagai pengerusi yayasan tersebut. Syed Mehdhar menggesa Rafizi untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan.

20. Fitnah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar dan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof ada hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihanraya umum ke 13. Wan Ahmad menafikannya dan berharap Rafizi terima akibat kerana buat fitnah pada bulan puasa

21. Fitnah bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT. LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli.

22. Fitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengurangkan elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) daripada RM250 kepada RM125. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikannya dan menegaskan Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

23. Fitnah projek MRT ini akan melonjak kepada RM100 bilion ‘bersumberkan maklumat dari SPAD’. Ternyata bahawa projek itu hanya berbelanja sebanyak RM21 billion sahaja.

24. Fitnah ke atas Najib Razak telah mengumumkan projek MRT berharga RM21 billion ialah untuk 21km bersamaan dengan kos RM1 billion satu km. Padahal nilai itu adalah untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT1 berjarak 51km.


Kredit untuk Dr MiM

Tiada ulasan: