Selasa, 27 Mac 2018

RANG UNDANG-UNDANG ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 memperuntukan:

1.   Denda maksimum RM500,000 
2.   Penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya. 

Bagi pesalah yang degil macam Rafizi Ramli, boleh didenda selanjutnya sehingga RM3,000 setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selain hukuman, mahkamah juga boleh memerintah pesalah memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara terbuka di mahkamah ataupun melalui akhbar.

Berita tidak benar ditakrif sebagai "apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhan adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea" .
Hukuman sama juga boleh dikenakan ke atas mereka yang menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan penghasilan berita tidak benar itu.

Jika disabit, pemberi dana turut boleh didenda sehingga RM500,000 ataupun penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, ia juga membenarkan mahkamah memerintah mana-mana pihak terlibat untuk menghapus penerbitan yang mengandungi berita tidak benar, dan mereka yang ingkar boleh didenda sehingga RM100,000 manakala denda RM3,000 tiap-tiap hari akan dikenakan selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Tiada ulasan: