Krisis lama ni. Sejak tahun 2008 lagi. Tapi kerana ego bodoh, Dr. Xavier Jayakumar bagitau rakyat bahawa sumber bekalan air di negeri itu cukup hingga tahun 2020. Hanat betui..
Tahun 2012 dulu, Timbalan Presiden Persatuan Bekalan Air Selangor (SWAn), Aldric Loong Kim Yew juga pernah bagi amaran bahawa krisis ini akan terus berlaku dan makin teruk jika langkah-langkah wajar tidak dilakukan. Bukan saja-saja beliau bagi amaran. Amaran beliau berdasarkan data-data mingguan yang dikeluarkan SYABAS dan Puncak Niaga.
Data-data yang beliau kutip menunjukkan peningkatan permintaan air dilembah Klang. Ini disebabkan oleh:
i) Pertumbuhan pesat di KL, Putrajaya dan Selangor
ii) Penggunaan tertinggi iaitu 209 liter/kapita Berdasarkan data-data tersebut, permintaan air secara purata di ketiga-tiga kependudukan ini meningkat ke tahap 4, 329 juta liter sehari berbanding kapasiti pengeluaran air maksimum semua.
iii) Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor yang hanya mampu membekalkan sehingga 4, 371 liter air sehari sahaja.
Masalah AIR pun dorang politikkan.
Januari 2014, ADUN Kajang, Lee Chin Cheh letak jawatan ( Kot2 di arah..). PRK Kajang. Selepa itu Azmin naik jdi MB Selangor. Isu air menjadi lebih sukar lagi. Ini terbukti apabila isu tawaran membeli SPLASH sebanyak RM2.975 Billion yang dikemukakan oleh MB Selangor Datuk Sri Azmin Ali adalah10 kali ganda jumlahnya yang pernah di tawarkan oleh mantan MB Selangor Khalid Ibrahim sebanyak RM250 juta sahaja. Kerajaan nak pinjam duit dari kerajaan Persekutuan tapi gagal. Harga melampau. Akhirnya, masalah air terus berlarutan.
Squad Elite
5:05 PM
12 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan