Ahad, 11 Mac 2018

PUNCA KRISIS PERLEMBAGAAN PPBM

Sebagai bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, saya berada di sisi Tun M dan TS Muhyiddin Yasin sepanjang proses pembentukan parti. Saya adalah anggota Pro tem PPBM yang melalui saat mengisi borang, menyemak perlembagaan, logo, lagu, uniform, pembentukan sayap, menamakan sayap Srikandi, pemilihan MPT, malah 2 MPT wanita PPBM juga adalah “endorsement” dari saya. Bak kata orang, saya antara yang menghayun cangkul dan menyemai benih.
Saya berada di sana sehingga pokok sudah mengeluarkan putik bunga. Ketika itu saya lihat banyak serangan serangga dan kepimpinan seperti tidak mahu meracun tanaman, malah mereka membiarkannya bermaharajalela. Perosak-perosak ini adalah golongan pelobi jawatan, pemfitnah, pengadu domba, pendengki, pengkhianat dan sebagainya.
Saya menjadi mangsa makhluk perosak ini. Pemilik ladang mengarahkan saya meninggalkan ladang kerana kuatir saya merosakkan tanaman. Saya redha walau diri saya dihina. Namun, ketika dihalau keluar, hati saya gembira melihat bunganya yang sudah kembang. Sekurang-kurangnya saya sempat melihat keindahannya walaupun tidak dapat merasai buahnya.
Ketika melihat dari luar saya dapati pokok tidak berbuah. Bunga gugur dari tangkai. Dari ladang tanaman bertukar kepada ladang makhluk perosak. Ianya berbau busuk dan menyusahkan penduduk kampung. Perasaan sayang saya terhadap ladang sudah tidak bermakna lagi. Namun, saya tidak pernah menyesal kerana sejarah itulah yang meletakkan saya di sin untuk menyatakan kebenaran.
Saudara dan saudari,
Pada awalnya parti ini mendapat perhatian ramai dan dijangka dapat menumbangkan UMNO. Rakyat memandang figura gergasi seperti Tun M sebagai “benchmark” dalam jangkaan pencapaian politik serta tadbir urus parti. Namun, ramai kecewa dan merasa tertipu apabila PPBM gagal mencapai status “Parti Mahathir”. Rakyat yang bersorak dan sahabat yang menyokong juga tidak menzahirkan sokongan terbuka apatah lagi untuk menjadi ahli parti.
Kunci pentadbiran terletak di tangan Setiausaha Agung. Walaupun Kunan bukanlah seorang Doctorate namun beliau menulis surat memaklumkan keahlian UMNO saya gugur. Sebaiknya, Dr Sharudin langsung tidak menulis surat pemecatan saya sebagai Ketua Srikandi dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Dia hanya “remove” saya dari “whatsapp group”.
Setiausaha Agung PPBM sering “langgar tembok” dan terjatuh dalam “lubang”. Beliau telah memalsukan watikah perlantikan dan tidak proaktif dalam pendaftaran sayap, bahagian dan cawangan. Dia gagal menasihati Presiden tentang pentadbiran, perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
Mungkin faktor usia menjadikan barisan pucuk pimpinan PPBM lebih bamyak tidur dari bekerja. Cuma Tun M yang rajin bekerja, yang lainnya lebih gemar bermain golf dan tidur siang. Mungkin Mukhriz agak muda, namun dia juga sekadar “nampak pandai”. Bayangkan setelah 18 bulan pun PPBM gagal menstruktur bahagian dan cawangan yang lengkap sedangkan ianya hanya penajaan, bukan memerlukan pemilihan. Pucuk pimpinan buat apa sebenarnya? Bukannya ada kementerian atau negeri yang perlu ditadbir. Biarkan Tun M dan TSMY berceramah, Mukhriz dan Dr Sharudin perlu fokus pada struktur parti.
Sebab itu saya katakan dahulu, keputusan meletak Mukhriz sebagai Pengerusi Pembentukan Bahagian adalah kesilapan besar. Mukhri tidak memikirkan parti, sebaliknya sibuk mencatur KB supaya tiada sesiapa pun boleh menolaknya jatuh. Nafsu Mukhriz terhadap kuasa jelas sejak di dalam UMNO lagi. Tidak pernah memenangi jawatan dalam UMNO, malah jawatan KB Jerlun pun hanyalah “serahan baton” dari KB terdahulu. Itu pun Mukhriz tergamak bertanding Naib Presiden UMNO.
Anak bongsu “silver spoon” ini terlalu pentingkan diri sendiri. Dia fikir dia boleh merebut apa sahaja dari orang lain dan tidak perlu merasa bersalah. Pernahkah Mukhriz berterima kasih kepada Dato Ahmad Bashah yang menyususn jentera dan strategi menawan Kedah pada PRU13? Saya tidak nafikan faktor Tun M, namun ianya tidak akan berjaya tanpa usaha 4 tahun sebelumnya oleh Dato Ahmad Bashah.
Apa kaitan kisah tadi dengan krisis perlembagaan PPBM pada hari ini?
Apabila sesuatu tanggungjawab itu diletakkan di atas bahu yang tidak layak, maka lingkuplah segalanya. Akibat lembab, lalai dan syok sendiri, PPBM tidak sedar bahawa mereka perlu mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama sebelum tarikh akhir. Tersentak dengan bahaya tersebut, maka PPBM terpaksa tergesa-gesa menjalankan Mesyuarat Agung nya yang pertama walauoun tanpa perwakilan sah dari cawangan dan bahagian.
Sebenarnya, parti yang telah sah penubuhannya di peringkat nasional tidak perlu menganjurkan Perhimpunan Agung yang gah. Apa yang oerlu dilakukan hanyalah memastikan beberapa bahagian sahaja lengkap sempurna terlebih dahulu. Contohnya, Mukhriz persiapkan terlebih dahulu struktur bahagian dan cawangan di Jerlun, Pagoh dan Langkawi. Daftarkan di ROS dan jalankan mesyuarat mengikut perlembagaan. Kemudian, bawa perwakilan dari 3 bahagian ini sahaja untuk Mesyauarat Agung yang pertama. Mesyuarat itu boleh dilakukan dalam bilik mesyuarat di HQ PPBM sendirii. Selesai!
Pada masa yang sama bolehlah diperkemaskan bahagian-bahagian lain satu persatu dengan sempurna. Tapi itu tidak dilakukan oleh Mukhriz. Dia sibuk mencantas orang dan menyusun orang-orangnya di seluruh bahagian. Bayangkan berapa banyak masa yang dibuang oleh Mukhriz. Kawan-kawannya sibuk pasang badan untuk jadi calon PRU14. Mereka tidak memikirkan tentang pembentukan cawangan masing-masing. Mukhriz fikir meletakkan orang yang kurang cerdik darinya akan memudahkannya, sebaliknya ia menjadi bala bagi parti.
Kesimpulannya, saya berpendapat PPBM perlu melihat kepada kelemahan diri sendiri dari gemar menuding jari kepada orang lain ATAU PUN sibuk menyelak kain uorang lain, yakni UMNO. Berbincanglah dengan ROS dan tanyakan pendapat. Cuba berikan cadangan dan lihat apa reaksi ROS. Mohon lanjutan untuk tarikh penyerahan dokumen seperti yang diminta oleh ROS.
Saya tidak terkejut jika ada yang akan membuat gesaan supaya saya tidak masuk campur urusan PPBM. NAMUN, saya ingin beritahu, saya tidak mahu PPBM tersungkur di luar gelanggang walupun parti tersebut pernah melakukannya terhadap diri saya. Walaupun saya perempuan, saya mahu PPBM masuk dalam gelanggang.
Saya percaya kerajaan tidak berniat menghalang PPBM bertanding di PRU14. Jika DS Najib mahu halang PPBM, sudah pasti beliau telah mengambil langkah awal memenjarakan pucuk pimpinan PPBM sebelum penubuhannya. Malah saya sendiri sudah merengkok dalam penjara jika menentang Perdana Menteri ke 4.
Akhir sekali saya tegas berikrar untuk terus mengajak orang Melayu menolak PPBM kerana parti ini bukanlah parti yang layak mewakili orang Melayu. Kekalkan apa yang kita miliki dan baiki kelemahan yang ada.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Tiada ulasan: